Monday, 3 October 2011

Sayangilah dan hargailah sementara masih ada...

Alhamdulillah...

Segala puji-pujian kepada ALLAH S.W.T kerna dgn izin-Nya kita masih mampu bernafas dan meneruskan kehidupan kita seharian.

Walaupun hari ni, aku agak keletihan tatkala menunggu giliran di ruangan menunggu sewaktu datang untuk temuduga. Suasana di tempat temuduga mengajak aku menulis entri pada kali ini.



Sememangnya susah kita nak dapat apa yang kita suka...dan bukan semua yang kita suka menjadi milik kita. Tak sia-sia penantian selama hampir 5 jam iaitu bermula 9 pagi berkesudahan sehingga lewat petang membawakan pengkhabaran gumbira kepada diriku. Memang betul-betul menguji kesabaran diri walaupun diri ni tak lah sehebat orang-orang yang datang.

"Memang tak ada lelaki,sehebat aku...tapi yang lebih hebat,banyak!"

Akhirnya aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang senasib dengan aku...nasibnye sama dengan aku tunggu dalam bilik interview tu dari jam 9 pagi sampai 4 petang !

Banyak perkara yang di borak-borak kan bagi memecah tahap kebosanan kuasa kuda di sekeliling...HUH!

Walaupun tempoh perkenalan itu agak singkat, aku yakin dan percaya ianya akan menjadikan satu kisah yang unik pada masa yang akan datang.

Untuk rasa disayangi dan dihargai....kita terlebih dahulu yang perlu membuka langkah untuk menyayangi dan menghargai orang-orang di sekeliling kita. Sebarkan kasih sayang kepada orang di sekeliling kita...kita akan dapat merasai kasih dan sayang tu kembali...kalau kita sebarkan rasa benci dan dendam dalam diri kita...orang-orang di sekeliling kita pasti dapat merasai bahang benci dan dendam yang tersemat di sanubari kita.

Kesempatan yang ada ni...ayuh ! sebarkan kasih dan sayang kita kepada orang-orang di sekeliling kita supaya kasih dan sayang itu kembali kepada kita...sayangilah dan hargailah dengan sepenuh hati kerena anda juga akan mendapat balasan yang sama.

Cari lah kawan...bukan cari lawan ! Kalau kita beri bunga, pasti bunga yang kita dapat kembali.Kalau kita beri najis, jangan harap kita dapat bunga sebagai balasan. Renung-renungkan !

Akhir kata, sayangilah dan hargailah orang di sekeliling kita sementara masih ada peluang dan ruang sebelum terlewat...tiada guna lagi sesalan dan penyesalan ! selepas mereka melangkah pergi.... Salam Perkenalan!

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Advertisement