Monday, 28 November 2011

D.U.I.T $$...

DUIT itu penting,tapi DUIT bukan segala-galanya...memang tak dapat tidak kita memerlukan DUIT dalam menguruskan kehidupan kita seharian.TAPI, harus di ingat...DUIT bukanlah segala-galanya kerana kita bukan hamba DUIT...biarlah DUIT menjadi hamba kita.Kita bekerja bukan kerana DUIT,biar DUIT kerja untuk kita...

Di sebalik perkataan D.U.I.T $$....ada perkataan yang tersembunyi yang ingin aku kongsikan...Apakah?

D = Doa
U = Usaha
I  = Istiqamah
T = Tawakkal
$ = Sabar
$ = Syukur

Berdoalah...nescaya Tuhan akan perkenankan setiap doamu itu. Dalam kita leka dan lalai mengharungi kehidupan kita seharian, berapa kerap kita berdoa memohon petunjuk dan hidayah kepada Tuhan? Pernah kah kita doa agar dimurahkan rezeki? dipermudahkan setiap urusan? diberkatiNya? Maka, dalam usaha kita mencari rezeki yang halal...Doa adalah senjata mukmin yang ajaib di waktu senang mahu pun susah.Jadi, gunakan kesempatan yang ada dengan menadah tangan dan berdoa kepada ALLAH.

Kedua, USAHA..selagi mana kita mampu berusaha....teruskanlah berusaha dengan gigih.

Seterusnya, ISTIQAMAH dengan usaha yang kita laksanakan...istiqamah bermaksud tetap pendirian.

Tawakkal dengan setiap usaha yang telah kita lakukan...berserah diri kepada ALLAH S.W.T

Banyakkan bersabar...walau sehebat mana ujian dan halangan yang datang...hadapilah dengan senyuman dan tenang...dan bersabarlah.

Akhirnya, bersyukur dengan setiap yang kita miliki..menjadikan diri kita lebih tenang dan senang.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat merealisasikan impian kita untuk lebih gigih berusaha dan istiqamah dengan usaha yang kita lakukan dalam memperkasakan ekonomi diri dan keluarga seterusnya menjadikan diri kita insan yang sentiasa bersyukur dengan harta dan DUIT yang kita perolehi.

Teruskan berusaha mencari DUIT tetapi jangan sampai menjadi hamba DUIT....Selamat Bekerja!

Monday, 14 November 2011

Perangai yang buruk tu kena ubah...

Ya...Tak de siapa yang boleh ubah perangai seseorang melainkan tuan empunya badan yang mengubah perangainya sendiri.

Tapi boleh ke orang tu berubah ? berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya?

Tentulah yang aku maksudkan, berubah ke arah kebaikan. Jadi?

Kalau diteliti dan bermuhasabah diri...banyak rupenye perangai-perangai yang tak elok ada dalam diri kita. Tanpa ada usaha ke arah untuk berubah menjadi baik, ternyata akan menjadi sia-sia belaka.

Setiap detik manusia boleh berubah...sebab manusia ni memiliki hati yang berbolak-balik.

Kalau nak disenaraikan perangai-perangai yang ada dalam diri kita memang banyak...Paling tidak pun kite gantikan segala perangai-perangai kite yang negatif tu kepada perangai yang baik atau lebih baik..

1.Boros => Jimat
2.Panas baran => Bertenang / penyabar
3.Tak tepati masa => Tepati masa / disiplin
4. Cakap tak serupa bikin => bikin dulu baru cakap
5. Tamak = Bersyukur dengan apa yang ada.

Dengan senaraikan segala perangai-perangai yang buruk tu, kita boleh menggantikan dengan perangai yang baik seterusnya menjadi lebih baik.

Nak seribu daya kan? memang susah kalau kita nak ubah perangai kita...sebab dah sebati dengan diri kita TAPI tak salahkan kalau kita berubah ke arah kebaikan ?

"Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya"
Sekadar peringatan untuk diri sendiri supaya dapat dikongsikan bersama orang yang tersayang.

Sekian.Wassalam.

Selamat Berubah!

Sunday, 6 November 2011

Lebah dan Lalat...

Hari ni tibe-tibe nak berkongsi pasal lebah dan lalat....

Apa bezanya mata lebah dan mata lalat?

Mata lebah ni pandangan yang memandang kebaikan dan mata lalat ni pandangan yang memandang kepada keburukan.

Jadi, kedua-dua sifat lebah dan lalat ni ada dalam diri manusia.

Senang kan nak tau mana satu pandangan lebah dan lalat ?


Advertisement