Monday, 16 January 2012

Motif blog aku nih...?

Heheyyyyy!

Setelah sekian lama tak kemaskini entri yang terbaru...pastinya untuk entri kali ini aku paksa dan gah kan jugak untuk menaip tatkala jam kini menghampiri pukul 2.00 a.m waktu Malaysia.

Maklum lah kan, semakin hari semakin pudar rasenya hati nak menaip blog ni. Ape pun, bukan sekadar luahan rasa...tetapi aku nak kongsikan setiap entri yang berkualiti mampu memberikan kesan yang positif kepada pembaca....YA!itu lah  salah satu matlamat utama aku buat blog ni....supaya dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat selain dapat aku tingkatkan kemahiran penulisan ni.

Bukan sekadar kuantiti penulisan blog yang aku mahukan tetapi kualiti input yang ingin aku disampaikan memberi manfaat kepada semua..

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkkan!

Sekian.

Sunday, 1 January 2012

Tahun 2012 kini bermula...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012!!!....Pastinya kita mengharapkan yang terbaik dan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Bagi memulakan tahun 2012 ni, aku nak kongsikan 4 golongan manusia yang ada di sekeliling kita...diri kita di golongan yang mana satu?

Baiklah, apakah 4 golongan tu?

Golongan pertama, orang yang berharta dan berilmu....Harta yang ada dibelanjakan,disedekahkan,diwakafkan dan menguruskan hartanya dengan sebaik-baiknya untuk dibelanjakan ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T dalam masa yang sama dia mempunyai ilmu untuk mengendalikan hidup seimbang untuk dia berjaya di dunia dan di akhirat.

Golongan kedua, orang yang mempunyai ilmu tetapi tak memiliki harta...dia mempunyai ilmu, ilmu dunia dan ilmu akhirat..tetapi tak berharta macam golongan yang pertama...dia masih menggunakan ilmu yang ada untuk dimanfaatkan oleh orang2 sekelilingnya...dengan adanya ilmu,dia dapat berusaha untuk mencari harta untuk mencapai redha-Nya.

Golongan ketiga, orang yang mempunyai harta tetapi tak mempunyai ilmu....dia mempunyai harta yang banyak,tetapi dia tidak dapat membelanjakan hartanya ke jalan-jalan yang seharusnya dia belanjakan.Dia menghabiskan harta yang ada mengikut kehendak nafsu dan tidak dapat menguruskan hartanya ke jalan yang di redhai.

Golongan keempat, orang yang tak ada harta dan tak ada ilmu....dia akan menjadi seperti golongan ketiga...iaitu berusaha mencari harta, tetapi hanya untuk kepuasan nafsunya semata-mata. Dia cuba bayangkan kalau lah dia mempunyai harta yang banyak...mesti dia boleh dapat beli itu dan ini tanpa ada niat untuk dibelanjakan ke jalan ALLAH S.W.T

Di antara 4 golongan ni, yang mana satu pilihan anda?

Tepuklah dada...tanyalah iman...semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi kesan kepada diri kita agar tidak lupa tunaikan zakat dan bersedekahlah...selagi mana kita mampu untuk memberi....

Sekian, Selamat Tahun Baru 2012 ~

Advertisement