Monday, 29 August 2011

Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar anda hari ini? Harap semuanya baik dan saya senantiasa mendoakan kesejahteraan semua tak kira di mana anda berada.

Saya ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kerana sudi membaca blog ini.
Bagi mereka yang balik kampung saya doakan moga selamat
sampai, bawa kereta elok-elok, biar lambat asalkan selamat.
Bagi yang naik bas, train maupun lain-lain kenderaan pun
moga dipermudahkan segala urusan. Moga raya kali ini
lebih baik dan dirahmati Allah...

Saya di sini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran Aidilfitri, 
Maaf Zahir & Batin Minal Aidil Wal Faizin..

Teruskan bersama kami, jalinkan silaturrahim dan sumbangkan
yang terbaik untuk ummah, bangsa dan negara

:)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Salam sukses,
king Riyuna.

Thursday, 25 August 2011

Malu biar bertempat..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria !

"Biar malu-malu...biar segan-segan...kerna malu itu perisai..orang beriman".petikan rangkap kata lagu Bila Berpacaran oleh Altimate,Ana Raffali,dan Sohaimi Mior.

Jadi,"Malu" tu mmg penting utk pelihara diri,akhlak,dan jiwa kita secara khususnya tapi kalau terlampau lah malu dgn diri sendiri,padah lah jawabnye. Agak2 kenape ye?

Realitinye, aku pon pada suatu ketika dulu pon seorang yg pemalu jugak,ini bukan malu2 kucing,ttg mmg pemalu.mungkin sebab terlalu fikirkan persepsi org terhadap aku, takot kelihatan "bodoh",dan merasakan diri ku serba kekurangan. Nak2 kalau dgn orang yg tak kenal dgn aku,lagi lah bertambah malu! ada org yg beranggapan yg aku ni "sombong" sebab tak pandai berbual dgn mereka.Tapi mmg aku rase aku ni pemalu pada saat tu.

Ape yg terjadi, aku tak anggap perasaan malu ni sebagai masalah....tapi aku yg bermasalah sbb malu yg tak bertempat.Contohnye,nak buat presentation/public speaking,nk jumpe orang yg tak kenal,nak berkawan dgn perempuan,dan lain2.Oleh sebab2 aku sedar yg diri aku ni seorang yg pemalu tak bertempat..aku perlu lakukan sesuatu!

Bagi mengatasi masalah tu..aku kena ubah! Apa yg perlu di UBAH?

Mula2...kita kena ubah persepsi / mind set....jgn terlalu melihat kelemahan diri dan berfikiran negatif. Terlalu melihat kelemahan diri boleh menjadikan diri kite rase "down" sebaliknya cuba keluar kan kekuatan-kekuatan ataupon potensi yg ada dlm diri kita.Macam mana? kenalah buat uji kaji..contohnye keluar drpd zon selesa ataupon "comfort zone". Kalau selalu kite asyik terperap dlm bilik tanpa bergaul dgn org2 positif...kita akan rase tak selesa bila berjumpe dgn orang. Jadi,kenalah pelbagai kan kawan dlm pergaulan kita seharian. Kalau dulu aku hanya ada "kawan baik"...tapi sekarang,aku ada "target" utk cari kawan, sehari seorang kenalan baru.

Ape pekdahnye kalau ada pelbagai kawan ni?banyak faedahnye kalau kita pandai berkawan / bersosial...selain menambahkan jumlah kawan yg kita ada...kita boleh bertukar2 pandangan,pendapat dan berkongsi idea,pengalaman,melakukan aktiviti2,dan minat bersama-sama.

Selain tu, utk tingkatkan keyakinan diri kita...kita perlu kenal dgn diri sendiri. Mcm mana nak kenal diri sendiri? Tanyalah diri kita...bykkan buat "muhasabah diri". Kaji kelemahan2 kita...dan cuba perbaiki kelemahan2 yg ada serta kembangkan potensi diri. Dengan cara ini, secara tak langsung kita akan mendapat keyakinan diri kita apabila kita mampu mengeluarkan potensi diri.Kenalpasti juga apa yg kita tak suka dan ape yg kita suka.

YA! Kenal diri merupakan salah satu cara utk membangunkan potensi diri dan membina keyakinan diri. Cukup sekadar ni dulu coretan utk tajuk "Malu Biar Bertempat", jgn lupe baca coretan sambungannya nanti.

Terima kasih kerana sudi membaca dan teruskan membaca!

Selamat kenal diri sendiri kerna kita mampu berubah kalau ada usaha utk berubah.

Bersambung...

Wednesday, 24 August 2011

Mari lah Merendah diri...

Selamat Sejahtera,

Kali ni aku nk berkongsi mengenai "Merendah diri". Merendah diri bukan berarti merendah2 kan diri tetapi bersikap sederhana dlm setiap urusan atau pon "Tawadduk". Sebagai manusia, kita mmg tidak dpt lari drpd sikap lawan rendah diri iaitu sombong,bongkak,suka menunjuk2,dan sbgnya.

Oleh itu, terdapat 3 kategori orang yg sombong lagi angkuh ni...

Pertama, orang yg sombong dgn ALLAH S.W.T...tak lain tak bukan ingkar dgn suruhanNya.Daripada bab-bab yg wajib sampai lah yg kecil2...hatta berdoa pon malas. Itu tandanye org yg sombong dgn ALLAH S.W.T

Kedua, orang sombong dgn Nabi dan Rasul...sepertimana nasib Qarun dan Firaun.Qarun yg kaya raya sombong dgn orang miskin,sehinggakan akhirnya Qarun mati lemas di laut dan hartanya di tenggelamkan di dlm perut bumi. Manakala si Firaun yg zalim dan sombong dgn "kuasa" yg ada...akhirnya mati hanya dgn seekor nyamuk.

Ketiganya, orang yg sombong sesama manusia. Tak perlulah nk di huraikan dgn panjang lebar. Kenapa kita sering berase SOMBONG? orang selalu berasa sombong kerana Ilmu yg dimiliki,paras rupa yg menawan,harta,kuasa/pangkat,keturunan,dan lain2.

Kalau kite di atas jalanraya, orang yg sombong akan bawak kete dgn cara yg melulu dan membabi buta yg tak kisah orang lain,nak tunjuk yg kete dia tu "power". masyaALLAH.

Saudara-saudari yg sy sayangi sekalian, aku berpesan kpd diri sendiri...

"Rendahkan lah hati mu seperti mutiara di lautan dan Tinggikan cita-cita mu seperti mengapai bintang di langit"

Maka dgn kata2 itu..Mari lah kita merendahkan diri kita dgn sesiapa pon...tak perlu lah menunjuk2,dan berbangge2 dgn ilmu yg kita ada...krn hidup ini hanyalah sementara, Tak rugi...malah menguntungkan di dunia dan akhirat.InsyaALLAH.

Sekian dulu perkongsian ttg Marilah Merendah diri...moga kita dapat manfaat dan sampaikan kpd yg lain.

Wassalam.



Tuesday, 23 August 2011

Aku ingin ke MADINAH

                                           ***Perkarangan Masjid Nabawi,Madinah.

"MADINAH" itulah satu perkataan yg bermain di fikiran ku sekarang. Aku teringin pergi ke Madinah...niat dah ada...sekarang, masa utk mencari solusi. Kalau sekadar berkata2 tanpa usaha, mungkin hanya tinggal angan2. Tapi, kalau keinginan dah ada..tp belum mampu? Moga2...dgn niat dan usaha ke arah merealisasikan cita2 utk menjejakkan kaki ke Madinah menjadi kenyataan.

Bila? InsyaALLAH...akhir tahun 2011 ni adalah target utk aku ke sana. Ape pon, usaha terus usaha..."jgn harapkan pagar,pagar tak siap di bina". =) (macam pernah dgr je?) atau pon cakap tak serupa bikin,bikin tak serupa cakap..lebih malang kalau cakap pon tak...bikin pon tidak.Meme TIDAK lah jawabnye.

USAHA TANGGA KEJAYAAN! "Alang-alang ke Madinah biar sampai ke MAKKAH!"

Salam Madinah,
king Riyuna.

Circle of Trust = CirOsT

As salam w.b.t dan Salam Perpaduan,

Entri kali ni,aku nk berkongsi berkenaan group Circle Of Trust.

Apa itu Circle Of Trust?

****Design LOGO ini diSPONSER oleh AMAZATA Design. (Copyright2010)TM.


Circle Of Trust atau singkatannya CirOsT adalah satu pertubuhan yg bebas (NGO) yang bakal di daftarkan di bawah pertubuhan yg SAH tidak lama lagi. CirOsT ialah akronim kepada Circle Of Trust, jika di terjemahkan dlm bahasa Malaysia adalah BULATAN KEPERCAYAAN. YA! kePERCAYAan adalah kata kunci dan merupakan faktor yg akan menyokong utk menjadikan CirOsT sbg salah satu makanisme kejayaan dlm pelbagai bidang berdasarkan kemahiran2 yg dimiliki.

Mungkin sukar utk difahamkan dengan kata2...apa pon,CirOsT diwujudkan BUKAN untuk kepentingan peribadi tetapi lebih kepada perkongsian ilmu,kemahiran,dan menambahkan jaringan kawan yg bertujuan untuk menghimpunkan segala aspek kemahiran utk dimanfaatkan bersama.

Sekiranya sudi utk mengetahui aktiviti2 terkini, jgn lupa utk KLIK "LIKE" di Facebook: http://www.facebook.com/pages/CirOsT/140722936004778

Sekian dahulu coretan ringkas utk kali ini...bersambung lagi di coretan yg akan dtg dengan huraian panjang lebar mengenai CirOsT ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa...teruskan menyokong dan membaca!

Wassalam.

Monday, 22 August 2011

Bersyukur lah dgn apa yg kita miliki..2

Setelah aku huraikan dengan panjang lebar definisi BERSYUKUR dlm entri yg sblm ni..aku ingin berkongsi satu perumpamaan bg menterjemahkan istilah bersyukur ni sptmn yg pernah aku dengar sehinggakan masih segar di ingatanku skrg.

Sekiranya kita ada KERETA...kita bersyukur dgn KERETA yg kita ada krn masih ada orang yg menggunakan motosikal sbg kenaikan yg terpaksa merempuh hujan dan panas setiap hari...tetapi kalau kita punyai motosikal,kita patut rasa syukur kerana masih ada orang yang menggunakan basikal utk bergera dan terpaksa menggunakan tenaga utk mengayuh basikal...sekiranya kita ada basikal,kita perlu bersyukur kerana masih mampu mengayuh basikal kerana ada orang yg berjalan kaki....

Sekiranya anda berjalan kaki...anda perlu bersyukur kerana anda masih ada nikmat kaki kerana ada orang yg kurang bernasib baik yg tiada kaki / kudung utk mencari rezeki. Sekiranya anda tidak mempunyai kaki..anda patut bersyukur kerana anda masih bernafas..kerana telah ramai org yg telah meninggalkan dunia.

Itu lah rasa syukur drpd persepsi mudah utk kita faham....moga2 menjadi ikhtibar dan pengajaran yg bermakna utk kita."Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.."

Sekian,

Wassalam.

Bersyukurlah dengan apa yg kita miliki...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah (Segala puji bagi ALLAH)...satu ungkapan yg mudah diucapkan dgn kata2...tetapi agak sukar utk diterjemahkan dgn perbuatan dan hati. Itu lah kata kunci BERSYUKUR yg aku ingin katakan sekadar peringatan diri sendiri dan renungan bersama.

Apa itu bersyukur?Bersyukur atau rasa terima kasih perasaan atau sikap positif menghargai faedah atau nikmat yang telah atau akan diterima. Rasa bersyukur seringkali ditumpukan dalam banyak agama. Islam contohnya, menekankan rasa berterima kasih kepada Allah S.W.T. ke atas segala nikmat yang dikurniakannya.


Apa kata anda?

Bersambung...

Saturday, 20 August 2011

Di Kala Di Buai Mimpi


As salam w.b.t dan Salam sejahtera..

Ingin saya mengupas satu tajuk.."Kala Di Buai Mimpi..."

Di kala ramai org sibuk merancang dan memberi tumpuan dlm perkerjaan masing2 demi utk menterjemahkan erti kehidupan. Pelbagai agenda telah diusahan utk membangunkan manusia..namun masih ramai yg alfa...nun di sana masih ramai yg melakukan perkara2 yg tidak diredhai...nun di sana,masih ramai yg melakukan maksiat...nun di sana,masih ramai yg lalai dgn tanggungjawab masing2...AYUH! Bangitlah drpd buai mimpi dunia...

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian...dr aspek mentalnya,aspek fizikalnye,dan lain..manusia menjadikan pentas dunia dgn kealfaan..Justeru,marilah kita bangit drpd tidur yg lena..drpd terus di buai mimpi kelalaian yg lama..

Oleh itu,AYUH! Bangit utk berubah!...berubah cara rutin kita yg malas kpd rajin..rajin kepada lebih rajin..berubah cara pemikiran kita..berubah mencari ilmu pengetahuan..berubah ke arah yg lebih baik.

Sabda Rasullullah S.A.W ; telah aku tinggal kan 2 perkara iaitu Al-quran dan As sunnah. Barangsiapa yg berpengang teguh dengan kedua-duanya..nescaya dia tidak akan SESAT!.

Memang tak dapat dinafikan..hidup ini penuh dgn cobaan dan dugaan...AYUH! kita bangkit menunaikan solat sunnat tahhajud,taubat,dan witir. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini,mari kita mengambil peluang beramal soleh dan menghidupkan malam di bulan Ramadhan dgn qiyammunlai seperti mana telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T iaitu malam Lailaturqadar.

Kalau kita boleh bangit drpd tidur semata2 utk menonton TV ataupon BOLA....kenape kita tidak mampu utk bangun menghidupkan malam dgn qiyammunlai?Ayuh! Ubah mindset/ minda kita ke arah menghidupkan malam2 kita dan meningkatkan amalan kita dan juga tidak mengabaikan solat2 fardu dan perkara2 yg WAJIB!.

Sebagaimana Sultan Mohammad Al-Fatih menjadikan beliau seorang yg cemerlang dan luarbiasa dalam menerajui pemerintahan beliau sehinggakan seluruh pahlawan2nya turut mendirikan qiyammunlai yg merupakan senjata rahsia utk kekuatan dan keBERSIHan hati nurani utk terus mara ke medan pertempuran.

Marilah sama2 kita bangit drpd di buai mimpi2 INDAH...kerna agak sukar utk kita bangun drpd terus di buai mimpi yg INDAH.Qiyammunlai dpt membina jati diri yg hebat,mendapat ketaqwaan,mendapat memperbetulkan tutur bicara kita.

AYUH! Semoga kita TIDAK lalai dibuai mimpi-mimpi indah dan BANGUN! mengerjakan amal soleh dan TIDAK menjadikan diri kita RUGI! Carilah Lailaturqadar di 10 malam terakhir...Pabila orang BIASA yg beramal ibadah mencari dan menghidupkan malam2nya dgn Qiyammunlai..dia adalah orang yg LUAR BIASA!

Selamat BerAMAL!,
king Riyuna

Segala sesuatu INDAH pada waktunya...

Alhamdulillah...syukur kpd MU ya ALLAH...di atas nikmat yg telah Engkau Kurniakan kpd ku.

Selalunye,kalau aku rase bahagia...aku suke dgr kata2 ni "segala sesuatu INDAH pada waktunye"..kerna dgn kata2 tu lah yg membuatkan diri aku rase bersyukur. Kadang2 manusia selalu terlupa utk bersyukur di atas nikmat2 yg dikecapi..bila rase senang hati,tak ingat memuji ILLAHI..tapi kalau berduka cita..baru lah nk ingat Tuhan.

Sebelum aku terlupa, aku nk coretkan kata2 indah ni sbg renungan diriku sendiri dan sekadar perkongsian bersama. Tak semuanye INDAH kalau sesuatu yg kita harapkan tu menjadi realiti...ape yg di rancang,lain pulak yg dapat...ape pon,kalau kite berfikiran POSITIF kita akan mendpt hasil yg POSITIF jugak.Betul lah kata org, "Kita hanya mampu merancang,Tuhan yg menentukan".

Bermula dengan kata2 yg indah..akan menghasilkan tenaga / gelombang yg indah jugak. Contohnye,waktu kita bangun tidur..dlm keadaan yg lemah /tak bersemangat /longlai...tenaga ataupon mood yg kita hasilkan jugak negatif sampai ke akhirnye...tetapi sebaliknye kalau kita bangun drpd tidur dgn SEMANGAT yang positif...BERMOTIVASI dan CERIA..kita akan dpt merasakan aura positif tu mengalir tenang sepanjang hari tu akan CERIA / PENUH SEMANGAT!

MOTIVASI+BERFIKIRAN POSITIF = MENGHASILKAN TENAGA POSITIF = KERJA PRODUKTIF.

Itu yg aku maksudkan..setiap hari kite bangun drpd tidur itu lah yg menentukan mood kita utk sepanjang hari tersebut. Bagaimana mood anda sekarang?

Semoga anda kekal dlm mood yg penuh motivasi dan berfikiran positif utk menghasilkan momentem yg LUAR BIASA!

Teruskan membaca....

"SEGALA SESUATU YG INDAH PADA WAKTUNYA"...(Bersyukurlah!)

Salam Motivasi,
king Riyuna

Thursday, 18 August 2011

Jadilah diri sendiri...

Alops!

Hari ni mau bicara tentang "Jadilah diri sendiri". Aku teringat satu kisah dlm buku "U-Turn Ke Jalan Yang Lurus"...kisah seorang tukang pecah batu di gunung,saban hari melakukan rutin harian yg sama iaitu memecahkan batu2 di kaki gunung yg memerlukan kerahan tenaga dan kesabaran yg tinggi.Tatkala sinaran Sang Mentari yg menyinari terus memancar di tubuh pemecah batu tu,yg menyebabkan peluh jantan gugur ke bumi membuatkan si pemecah batu tu terfikir, alangkah indah nye kalau dia dpt menjadi matahari yg besar dan dpt memancarkan cahaya kepada dunia ni...kemudian dia tersentap dgn melihat awan yg berarak menutupi cahaya matahari tu...dan mengubah fikiran...

Alangkah hebat nye kalau jd Awan,yang mampu menghalang cahaya matahari yg besar tu drpd terus memancarkan bahangnya.Dia terus memuji2 awan yg di anggapnye hebat dimatanye...Tak sampai beberapa lama melihat awan-awan di langit...tibe2 awan yg berarak bebas di langit bertemu dengan Gunung yg tinggi yg mempu memecah belahkan awan yg berarak td....tibe2....

Si pemecah batu pon bertukar fikiran,ada yg lagi hebat drpd awan...iaitu gunung yg mampu memecah belahkan awan2 yg lalu di puncak gunung...Lagi hebat kalau dpt jd gunung,yg GAH dan kuat...yg mampu berdiri teguh dpt mencapai awan di langit yg tinggi...WAH!

Sungguhpon si pemecah batu itu kini mengangumi gunung yg gah berdiri teguh tu..dia tersedar yg gunung yg tinggi dipuji itu lah telah dipecahkan drpd batu-batuan yg besar menjd kecil dan pasir oleh tgnnya sendiri...oleh itu,dia tersedar drpd lamunannye sendiri...tak perlu menjd org lain utk kelihatan HEBAT! Jadilah diri sendiri...

Sekian,Terima kasih....Jadilah diri sendiri kata kunci utk berjaya utk hari ini...

Wassalam.

Salam Suksess,
king Riyuna

Tuesday, 16 August 2011

Dari hati ke hati...

Salam Perpaduan,

Hari ni aku menerima SMS drpd cik kekasih hati...aku terbangun drpd tido yg lena selepas tido sampai pengsan.Aku terus bangkit drpd tidur dan bersiap keluar drpd rumah,memandangkan aku ni duduk rumah bujang..kena lah keluar utk cari makanan.

Sesudah je selesai menjamu selera di kedai makan MAPLEY area Bukit Setongkol,aku menerima SMS...mcm tau2 je aku dah bangun...SMS yg berbunyi.."Dah bangun utk bersahur ke?"..tersentap rasenye,sebab mmg kebetulan waktu tu br je selesai menjamah makanan lebih kurang pkl 3.17am.Walaupon aku dan si dia ni duduk berjauhan..tp SMS je cara pantas utk berkomunikasi. First time aku terima SMS bertanyekan sahur drpd dia...rupe2nye..tekaan dia tu mmg tepat. si dia mengakhiri perbualan SMS dgn mengatakan yg dia skrg berada si MASJID utk menunggu qiyammunlai yg akan bermula tak lama lagi dan akan menghubungi ku nanti..huu!

MasyaALLAH,walaupon tau dirinye tidak lah berapa sehat sgt sbb dpt medical cert (MC) ari ni..tetapi masih gagah melangkah ke MASJID utk menunaikan ibadah. Apatah lagi kita yg sihat sejahtera...mampu ke bangun dan laku kan qiammunlai hatta di rumah?Teringat aku pada kata2 ustaz yg femes di YOUTUBE..Ustaz Hj Kazim Elias,"Tak heran tengok orang yg mencipta nama dan bersusah payah mendaki Gunung tertinggi dunia kalau tak mampu mendaki tangga masjid berdekatan dengan rumah".Aku SETUJU!kata2 tu mendalam maknanye..insyaALLAH! mudah2han sama2 kita solat berjemaah di masjid,khasnye kpd kaum ADAM.

Maka dengan itu..marilah kita BERSIH kan hati kita ini dengan melakukan amalan2 wajib dan sunat di bulan yg mulia ini semoga sama2 kita mencapai REDHA-Nya.Seperti mana yg pernah aku post di dlm Facebook

"Penyakit yg paling BAHAYA di dunia ni adalah PENYAKIT HATI...rosak hati,maka rosaklah akhlak seseorang itu.Lebih teruk drpd itu adalah PENYAKIT EGO! Semua orang blh BERUBAH...berusahalah berubah ke arah yg lebih BAIK!"

Hati yg BERSIH melambangkan JIWA yang bersih! Sekadar peringatan utk diri sendiri dan pengajaran bersama...

Terima kasih CINTA,IKHLAS dari hati ke hati,
kingRiyuna

Monday, 15 August 2011

Langit tak selalunya cerah...

As salam dan Salam Sejahtera,

Hari ni rasa "down" sikit...sbb awal2 lagi kalau ikutkan jadual hari ni..aku ada kursus di kolej PSDC,Kuantan.Jadi awal2 lagi aku dah bersiap2 nk gi ke kolej tu seperti yg di rancang. Sampai je kat kolej tu,terus aku sapa org yg kebetulan lalu  kat situ.."Kat mana ofis yer?" aku tanye student kat situ.."Situ",student tu tunjuk ke arah bangunan yg dekat dgn tempat kami berjumpa tu."Oh situ,thanks".Aku pon melangkah masuk...

Sampai je dlm ofis tu,aku terus ke bhgn kaunter pertanyaan."Kak kat mana program *&^%$ tu?" aku tanye pada kakak yg ada kat kaunter."Sy pon tak pasti,dah tepon ke person incharge utk program tu?" soal kakak tu."Oh,belum..takpe la sy cuba call dulu". balas ku ringkas. Tapi dlm hati, beristiqfar je byk2...mudah2han dipermudahkan urusan.

Jam pkl 9 lebih,aku cuba call...tak de org jawab. Kredit phone aku ni dah la nk "kong",rase mcm nk pinjam phone ofis tu je.Tak berape lama, kakak tu cuba carikan person incharge dgn call semua department kolej tu yg berkaitan...dannnn...akhirnyaaa,mucul seorg lelaki menghampiri aku.selepas memperkenalkan diri lelako tu tanye aku" awak berminat nk join program tu?".."ye,tp kalau ikutkan email yg sy terima,tarikh pendaftaran tu hari ni kan?" balas ku,dgn ayat skema.lelaki tu rupenye MANAGER yg incharge bhgn program tu.aku dah tersalah maklumat sbb dpt maklumat yg salah.rupenye,nak di pendekkan cerita..program yg aku maksudkan tu,DITUNDA pd bulan yg akan dtg! YA ALLAH...rase mcm sia2 je aku pi jumpe mamat tu td.Awat tak bgtau awal2..!

Lepas je kejadian tu..satu hari tu aku rase "down"...hanya Tuhan saje perasan aku pd waktu tu...br aku sedar, susah sbnrnye jd JOBLESS ni...

Tu je coretan utk hari ni...betul la..Hidup ini tak selalunya INDAH,LANGIT tak selalu CERAH...

Semoga aku tabah hadapi ujian dan dugaan hidup..

Terima kasih.

Thursday, 11 August 2011

Bila nak mula?

As salam w.b.t dan Salam Perpaduan,

Aku sering tertanye2...bile lah agaknye nk mula...sampai tak tahu yg mana satu dan mcm mana nak mula...

"A journey of thousand miles begin with a single step"

Byk sgt yg di rancang...tapi satu pon belum bermula...nk kena cari titik permulaan tu...sementara nk cari titik permulaan tu...masa tu jugak lah kemalasan melanda diri. FOKUS! yesss! Skrg ni nk kena cari ape silap nye sampai ape yg aku rancang sebelum2 ni...mendatangkan hasil di masa depan. Nak tak nak...kena lah bermula drpd SEKARANG! Kalau bukan sekarang?bila lagi?

Masa semakin pantas berlalu begitu shj...tanpa usaha yg jitu dan fokus utk mencapai matlamat...hidup umpama tiada arah...umpama kapal terbang yg terbang tinggi di angkasaraya...perlukan destinasi utk dituju.Begitu juga dgn matlamat hidup kite ni,mesti set goal / objektif yg betul utk berjaya dlm hidup.

Aku masih teringat lagi...kata2 seorang trainer aku waktu kursus di Ibu Kota...utk berjaya,kita perlu ikut cara org berjaya berfikir dan bertindak...drpd berangan dan omong2 kosong,hasil nye kosong jugak!Aku pon dah plan..short term plan,midterm plan,dan long term plan. Cuma sekarang ni,aku seolah2 hilang motivasi diri utk mengerakkan ape yg aku dah plan.

Short term plan aku, aku nk menulis e-book tetang bagaimana nk berhenti merokok.Tapi, idea dan kesungguhan ke arah menerbitkan e-book aku belum ada. Nak tunggu semua nye sempurna..ntah bile lah agaknye. Puncanye,MOTIVASI diri dan DISIPLIN diri yg penting utk membuatkan diri ini mampu memulakan langkah,walaupon setapak maju kehadapan.

Sekian dulu bicara tentang bile nak mula? Tunggu dan lihat,ape hasilnye nnti...MULA LAH SEKARANG!

Salam Sukses,
king Riyuna

Tuesday, 9 August 2011

Dari hati ke hati....

Alops!

Walaupon tinggal berjauhan dgn keluarga tersayang...aku tetap bangun sahur bersama2 dgn kawan2 rumahku.Masuk tahun ni,dah hampir 5 tahun aku tak bersahur dgn keluarga...bukan sebab tanak bersahur dgn keluarga,tp mmg keluarga aku jauh nun di sana...aku pulak kat sini.

Teringat bile kat keluarga bile sahur....kalau kat rumah,mesti makanan terhidang mewah di depan mata.Tapi bile dah berjauhan drpd keluarga ni,terpaksa la pakse diri utk rajin mencari makanan sendiri.Nasib baik hidup ni INDAH bile dpt kenal dgn kawan yg sudi jadi kawan.

Adat org bujang...makan pon bersama kawan2 bujang la..nk masak?jauh sekali...sbb mmg dah ada tukang masak khas kat restoran2 yg berhampiran.Pilih je makanan ape yg nk makan...janji bayar ( duit pon kena lah cukup kalau nk makan luar ).

Alhamdulillah,aku kat sini walaupon berseorangan...aku tak pernah rase sunyi sbb ada kawan yg sudi menemani.Sape lagi kalau bukan housemate aku! Orang kate, berkawan biar seribu ! kawan2 jangan LAWAN! Betul ?! Terima kasih lah kawan sbb sudi menjadi kawan. Kawan yg ikhlas dr hati ke hati...barulah  aura perhubungan tu berkembang mekar dlm sanubari.

Semoga kebaikan korang di balas dgn ganjaran kebaikan oleh ALLAH S.W.T ! TQ for being my friend!

Ikhlas dr hati ke hati,
king Riyuna

Sunday, 7 August 2011

Dahulukan apa yg perlu didahului...

Hello!

Hari ni aku baru tersedar daripada lamunan yg panjang...Apo kono jang?Sekadar berkongsi tentang planning aku yg teringin sangat nk ke oversea! Bermula hanya sekadar omong2 kosong,kemudian mimpi serta menjadi impian aku...aku dah bercita2 nk sambung pengajian sarjana aku ke luar Malaysia nih.


Ada jugak aku usha2 org yg dah pergi belajar kat UK,Australia,US,Mesir dan sebagainye semuanye indah2 belaka...Untung lah kalau dieorang ni pergi atas tiket BIASISWA...sbb dieorang ni di taja oleh kerajaan dan agensi2 swasta sbb pencapaian dieorang ni tahap Scorer! Aku? Aku juga punyai impian nk g ke Australia! 

Masa terlalu pantas utk aku berfikir panjang....sementara masa masih ada ni,aku try jugak nak apply tajaan MARA...kalau melalui skim MyMaster yg ditawarkan di IPTA di Malaysia ni pon aku tak layak nk pohon,ada lagi ke harapan aku nk ke Australia! huh! Apepon,aku tetap menyimpan hasrat ni,andai ada funder yang boleh tanggung aku sepanjang aku belajar tu,ok lah jugak.Tak delah aku nk menyusahkan diri dan org lain.Tapi CELAH mana aku nk pergi cari funder nih?CELAH BEDAH?tak dapek yeop!

Last choice yg aku ada....bantuan kewangan drpd Yayasan Pahang atau paling last..mintak tolong dgn Menteri Besar Pahang teruss..tu pon kalau dia sudi nk tolong.Tapi ape kess dia nk tolong aku?aku bukan nye kalangan kerabat dia..huhu! Apepon,tak salah kalau kita punyai impian dan cita-cita..Jangan cepat melatah dan jangan pula terlalu berputus asa..Selagi masih sihat dan bernafas ni...byk cara yg boleh diusahakan walaupon terpaksa bekerja 24/7...hatta pergi Ke Laut (KL) utk menambahkan pendapatan demi sambung belajar ke AUSTRALIA!

Layan lagu motivasi ni....AUSTRALIAAAAAA! TUNGGGUUUUUU!

http://www.youtube.com/watch?v=FwlKSKdsLG4

Friday, 5 August 2011

Kenape king Riyuna?

Al-kisahnye bermula dgn kisah Pahlawan Samurai di negara Kamikaze.Bak Pendekar Melayu yg bernama Hang Tuah yg sohor namanya sehingga menjadi kisah lagenda di zaman dulu sehingga kini. Begitu juga kisahnye, king Riyuna sebagai kata ganti nama diri di blog dan hanya sekadar nama dalam mimpi.

Lagipun nama ni unik,ala-ala nama dr Jepun pon ade...saje nk tunjuk kelainan drpd kebiasaan.

"Stay strong, f*ck what people say. You are who you are because of the decisions you made yesterday". 
Ada apa dengan nama?bagi aku,setiap nama ada makna yg tersirat dan tersurat...terpulang kpd individu utk memilih nama krn aku menulis bukan kerna nama...haha.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

As salam W.B.T dan Salam Ramadhan,


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
kepada Rakyat Dunia yang beragama Islam.

Semoga Ramadhan kali ini membawa erti
yang sangat besar kepada kehidupan kita.


Enjoy Reading!

Regards,
king Riyuna

Advertisement