Setelah aku huraikan dengan panjang lebar definisi BERSYUKUR dlm entri yg sblm ni..aku ingin berkongsi satu perumpamaan bg menterjemahkan istilah bersyukur ni sptmn yg pernah aku dengar sehinggakan masih segar di ingatanku skrg.
Sekiranya kita ada KERETA...kita bersyukur dgn KERETA yg kita ada krn masih ada orang yg menggunakan motosikal sbg kenaikan yg terpaksa merempuh hujan dan panas setiap hari...tetapi kalau kita punyai motosikal,kita patut rasa syukur kerana masih ada orang yang menggunakan basikal utk bergera dan terpaksa menggunakan tenaga utk mengayuh basikal...sekiranya kita ada basikal,kita perlu bersyukur kerana masih mampu mengayuh basikal kerana ada orang yg berjalan kaki....
Sekiranya anda berjalan kaki...anda perlu bersyukur kerana anda masih ada nikmat kaki kerana ada orang yg kurang bernasib baik yg tiada kaki / kudung utk mencari rezeki. Sekiranya anda tidak mempunyai kaki..anda patut bersyukur kerana anda masih bernafas..kerana telah ramai org yg telah meninggalkan dunia.
Itu lah rasa syukur drpd persepsi mudah utk kita faham....moga2 menjadi ikhtibar dan pengajaran yg bermakna utk kita."Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.."
Sekian,
Wassalam.

No comments:
Post a Comment