Thursday, 27 October 2011

Bersemangatlah !

Semangat...semudah kata yang mampu dituturkan dengan kata-kata tetapi amat hebat auranya kalau kita dalam momentem bersemangat.

Seolah-olah satu daya atau kuasa yang membara di dalam diri kita tatkala kita mempunyai objektif yang jelas dalam melakukan sesuatu tugasan. Semangat juga dikaitkan dengan motivasi kepada diri seseorang untuk terus berusaha sehingga berjaya atau separuh jalan....bergantung kepada peringkat semangat yang ada. Sama ada semangat yang membara atau hangat-hangat taik ayam !

Lihat sahaja di sekeliling kita...ada di kalangan kita yang bersemangat dan ada juga yang kurang bersemangat. Ada yang bersemangat mengikut "mood"...ada yang sederhana...dan ada yang luar biasa hebat! Kebiasaan orang yang luar biasa hebat ni, mempunyai semangat yang luar biasa dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan yang diberikan.

Bagi mendapatkan "booster" yang maksima, seseorang tu perlu berusaha untuk mencari,mendapatkan, dan seterusnya menghasilkan tenaga yang luar biasa. Bagaimana cara nak dapatkan "booster" tenaga yang luar biasa tu ?

Ada satu kisah, seorang pencari kayu api...seperti biasa dia melakukan pekerjaan yang sama setiap hari. Suatu hari, di dalam hutan rimba..Si pencari kayu api ni tidak bersemangat lagi untuk meneruskan pekerjaannya yang hampir sama setiap hari dengan menebang pokok,menumpul kayu api, dan menjualnya. Nak di jadikan cerita, dia telah di serang oleh seekor beruang yang besar dan ganas. Secara tiba-tiba...seperti ada kuasa magik dalam diri si pencari kayu api berlari selaju yang mungkin untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa beruang yang sedang kelaparan dan berjaya menyelamatkan dirinya di atas pokok yang tinggi.Setelah beberapa ketika, beruang tersebut berlalu pergi...dan si pencari kayu api tu tersedar yang dia telah berada di atas pokok yang tinggi sedangkan selama ni dia tak pernah panjat pokok setinggi tu.

Jelas menunjukkan apabila kita berada di dalam keadaan yang cemas...kita hanya fokus kepada satu matlamat sahaja.bagi si pencari kayu api tadi,dia hanya memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada maut di tangan beruang. Satu tenaga dikenali sebagai "booster" membuatkan si pencari kayu api tadi menggunakan sepenuhnya ketika nak menyelamatkan diri dengan penuh bersemangat sehingga dia tak sedar yang dia telah berjaya memanjat pokok yang tinggi yang sebelum ini dia tak pernah panjat.

Jadi, lakukanlah sesuatu perkara tu dengan penuh bersemangat bagi menghasilkan output yang hebat ! keluarkan booster yang ada dalam diri untuk diterjemahkan dengan setiap langkah tindakan yang kita lakukan. Tak perlu tunggu situasi cemas untuk mengeluarkan booster yang ada..booster akan terjadi pabila diri kita tengah bersemangat !

Apa tunggu lagi....bersemangatlah ! dalam melakukan apa jua tugasan yang diberikan...pasti hasilnya lebih daripada biasa.

Salam Motivasi....Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Advertisement