Monday, 17 October 2011

Teruskanlah belajar walau di mana kita berada...

Salam Hormat !

Hari ini...genaplah seminggu masa yang telah berlalu...hampir seminggu jugalah aku tak kemaskini blog ni.Sekadar berkongsi tentang apa yang terjadi pada minggu lepas? Minggu lepas pada tarikh 10/10/2011...merupakan hari bersejarah dalam hidupku kerana aku dapat berkongsi rase kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga tersayang pabila kedua ibu bapa aku turut serta menghadiri Majlis Konvokesyen MMU 2011.

Ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada Bonda,Ayahanda,Abang dan Kakak,serta Adik-adik yang sentiasa mendoakan kejayaan ini dan orang-orang sekeliling sama ada secara langsung mahupun tidak langsung...Semoga jasa-jasa kalian diberkati oleh ALLAH S.W.T

Sebelum bergelar Graduan...

Masih teringat sewaktu aku baru menamatkan STPM (Selangkah Tuju Puncak Menara)...ramai di antara kawan-kawan seperjuangan yang berpeluang meneruskan pengajian ke Universiti tempatan mahupun Luar negara. Terdetik dalam hati aku ketika itu bagaikan satu semangat motivasi untuk diri aku agar dapat bersama-sama mereka meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Tapi...aku masih terkial-kial menunggu jawaban daripada pihak IPTA yang aku harapkan.

Hampir setahun menunggu..aku TIDAK LAYAK mendapatkan mana-mana tawaran daripada IPTA. Sedih ! Hiba ! Hampa ! segala macam perasan negatif menghantui fikiran aku ketika tu...Namun, aku pasrah ! Pasrah tidak berarti menyerah KALAH!

Semasa menjadi Mahasiswa...

Awal tahun 2006, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTS di Cyberjaya. Money Making University (MMU),di situ lah bermulanya pelbagai dugaan,cabaran,dan seribu satu cerita yang amat pahit untuk di tempuh sehingga hampir-hampir kecundang di pertengahan jalan. ALHAMDULILLAH...berkat doa dan semangat padu yang diberikan oleh kedua ibu bapaku...aku jalani segala rintangan dan dugaan dengan tabah walaupun berkali-kali jatuh tersungkur...

Selepas bergelar Graduan...


ALHAMDULILLAH...SYUKUR!



Pada tarikh keramat 10/10/2011...Segala kepahitan terasa manis pabila melihat kedua ibu bapaku tersenyum semasa berada di dalam dewan konvokesyen*TERKASIMA*
Harapanku setelah bergelar graduan...agar aku dapat menyumbangkan dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga, masyarakat, agama,dan seterusnya negara. 

Aku sedar...cabaran selepas menjadi graduan lebih mencabar kerana perjalanan selepas ini tidak melalui jalan yang ditaburi bunga tetapi semak belukar yang penuh onak dan duri!

Gelaran GRADUAN tidak bermakna tempoh pembelajaran telah tamat sebaliknya banyak lagi ilmu-ilmu lain yang harus diterokai,di cari gali, dan di tambah nilai bagi melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang, dan terbilang !

Untuk berjaya...ikutlah cara orang yang telah berjaya kerana status graduan bukanlah jaminan untuk seseorang tu berjaya.Teruskan melakar kejayaan di dunia bagi merealisasikan kejayaan di akhirat!

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Advertisement