"Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..."
Itulah rangkap pertama skrip dalam sesi rakaman pembaca berita RTM baru-baru ni...bile tengok balik hasil rakaman tu, rase macam banyak lagi kesilapan yang perlu diperbaiki...boleh membuatkan aku tersenyum sorang-sorang bile tengok rakaman tu. hehe
Ianya merupakan pengalaman manis buat aku dalam melangkah keluar daripada zon selesa kepada tahap mencabar kemampuan diri sendiri.
Setiap hari aku tetapkan matlamat jangka pendek untuk melakukan sesuatu yang mencabar dan keluar zon selesa.
Jangan takut untuk mencabar diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang baik. Tak salah kalau niat kita untuk berubah ke arah kebaikan..bukan menghalalkan apa yang haram!
Mungkin salah satu cabaran yang mungkin kita hadapi adalah KRITIKAN ! Tak perlu risau kerena kritikan mengajar kita sesuatu yang lebih baik untuk memperbaiki kesilapan dan belajarlah daripada kritikan.
"Criticism is a GIFT !"....jangan takut di kritik ! kerana setiap kritikan dapat dijadikan agen perubahan dalam diri untuk terus mencipta kejayaan. Belajar lah daripada kegagalan..jangan mudah berputus asa...jangan mengharapkan bantuan daripada manusia..mintalah pertolongan kepada yang MAHA ESA.
Beranilah untuk melakukan perubahan pada hari ini untuk menggapai kejayaan pada masa yang akan datang !
Sekian.

No comments:
Post a Comment