Thursday, 29 September 2011

Bukan semua penunggang motosikal MAT REMPIT !

Salam Sejahtera pembaca yang budiman...

MUKADIMAH

Apa kata anda tentang MAT REMPIT? Secara keseluruhan MAT REMPIT diklasifikasikan golongan orang yang melakukan aktiviti-aktiviti kurang bermoral dan sering dikaitkan dengan gejala sosial yang kian membimbangkan kerana melibatkan kegiatan jenayah.

Selain lumba haram di jalanan, MAT REMPIT turut melakukan kes-kes jenayah seperti pengambilan dadah, jenayah ragut, dan juga kes jenayah lain yang kurang menyenangkan ramai pihak.

Sehubungan dengan itu, MAT REMPIT di pandang NEGATIF oleh masyarakat walaupun ada di kalangan MAT REMPIT itu berstatus SISWAZAH. Lebih menyedihkan MAT REMPIT seolah-olah berbangga dengan dengan gelaran "MAT REMPIT" kononya "RAJA" di jalanan. Bak kata Adnan Sempit..."Di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHWAY !".


Persoalannya...Adakah penunggang MOTOSIKAL itu MAT REMPIT ? Bagi aku, BUKAN semua penunggang MOTOSIKAL itu MAT REMPIT. Kenapa BUKAN ?

Sebab-sebab kenapa bukan semua penunggang motosikal MAT REMPIT?

Pertama, mereka menunggang motosikal kerana untuk mencari rezeki yang halal. Contohnya, Posmen, penghantar pizza, dll.

Kedua, ada di kalangan penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya dan jenayah. Mereka hanya menggunakan motosikal sebaiknya dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Jangan hanya kerana seseorang itu menunggang / mempunyai motosikal di label MAT REMPIT !

PENJELASAN

Istilah MAT REMPIT menurut persepsi aku....

MAT REMPIT berada di mana-mana...tak kira di Malaysia mahu pun Luar Negara. Cuma istilah dan definasi MAT REMPIT tu yang berbeda. Kalau Tok Imam yang pergi ke MASJID guna motor tu dipanggil MAT REMPIT jugak ke? Kalau pelumba motor di litar-litar antarabangsa tu di panggil MAT REMPIT ke? Kalau KONVOI beramai-ramai gune motor dari utara Malaysia sampai ke selatan Malaysia tu di panggil MAT REMPIT ke? Kalau naik motor ke tempat kerja tu MAT REMPIT ke?

Nak kenal penunggang motosikal tu MAT REMPIT atau TIDAK ???...

MAT REMPIT.... mempunyai kumpulan-kumpulan haram yang bertujuan bermegah-megah dengan kumpulan yang mereka ada. Bertujuan untuk LUMBA HARAM di jalan raya awam.

MAT REMPIT...banyak terlibat dalam aktiviti jenayah menggunakan motosikal.

Sekiranya mereka tidak melakukan perkara di atas, mereka hanyalah penunggang motosikal dan bukannya MAT REMPIT !

Senangkan nak bezakan yag mana MAT REMPIT dan yang mana BUKAN MAT REMPIT ?

Nak tau apa aktiviti dan kehidupan MAT REMPIT ? Tonton sahaja fiilem-filem seperti KL Menjerit, Adnan Sempit, Remp-IT dan lain-lain.

PENUTUP





Pesanan aku kepada MAT REMPIT, "Don't Drive Your Life Away"!

Aku berharap dengan sedikit huraian di atas dapat memberi kesan kepada persepsi anda mengenai MAT REMPIT!

Ingat ! "BUKAN SEMUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAT REMPIT !" ~ PeLeSiT KoTa


No comments:

Post a Comment

Advertisement