Saturday, 17 September 2011

Mengapakah Orang BODOH selalu berlagak PANDAI?

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Aku tibe2 terbaca status dlm facebook seseorang yg bertanyakan soalan seakan2 memerlukan jawaban. NAH! ini jawaban drpd perspektif aku sendiri...anda baca...anda fikir...dan anda yg nilai..senang kan?

"Mengapakah orang BODOH selalu berlagak PANDAI?"

Di sini aku ingin buat analisis ringkas berkenaan soalan di atas....

10 SEBAB orang BODOH selalu berlagak PANDAI...

1. Orang BODOH tu tak sedar yg dia berkelakuan mcm tu..perlukan teguran secara berhemah/nasihat.
2. Dia mungkin nak tutup keBODOHannya itu
3. Tak ada orang dalam dunia ni terima hakikat yg diri dia tu BODOH.
4. Tak belajar drpd kesilapan yg sama.
5. Tak muhasabah diri.
6. Keliru dengan dugaan duniawi.
7. Tak fikirkan perasaan orang disekelilingnya.
8. Nak kan perhatian lebih drpd seseorang.
9. Tak ada kemahiran dlm sesuatu bidang tetapi terpaksa pilih dan teruskan...
10. Dahagakan puji pujian serta kurang sifat2 mahmudah dlm diri.

BODOH = Bagitau Orang Dia Orang Hebat !

YA! Semua orang mahu menjadi HEBAT dan kelihatan HEBAT ! Tapi Ulangi kesilapan adalah satu kesilapan...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Selalu muhasabah diri sendiri....berusaha utk berubah...berubah drpd kejahilan ke arah yg lebih baik. Berfikir dan bertindaklah secara rasional...akui kesilapan dan kesalahan dan gantikan kesilapan2 dan kesalahan2 itu dgn memohon maaf,keampunan drpd ALLAH dan melakukan perkara2 kebaikan utk agama,negara,dan masyarakat sekeliling. Jangan EGO dan jangan SOMBONG utk belajar sesuatu...yg penting, belajarlah drpd kesilapan...dan berdoalah supaya diberi petunjuk dan hidayah drpd ALLAH S.W.T dan terpelihara drpd sifat-sifat Mazmumah dlm diri....InsyaALLAH!

Sekadar peringatan kpd diri sendiri..semoga memberi sedikit maanfaat bersama....Muhasabah diri adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada yg MAHA ESA.


"Lebih Baik DIAM tetapi BERILMU daripada Banyak CAKAP tetapi KOSONG."

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Advertisement