Tuesday, 20 September 2011

Terus Melangkah...

Alops!

Semalam aku sewaktu berjalan ke kedai yang berhampiran dengan rumah, aku melangkah kaki seperti biasa...tak aku sedari, ada lopak air yg berlumpur di depan aku....zasssssssss! hampir terjatuh telentang aku di situ...nasib menyebelahi ku kerana sempat melangkah di kawasan yg selamat...kalau kedua2 kaki aku tergelincir ke dlm lumpur tu mau berkubang satu badan aku dlm lumpur..tak pon kuak lentang teruss!

Huh! Aku mengeluh mengenangkan kaki dan selipar yg dipakai terbenam dlm lumpur tu...termasuklah seluar aku...nasib baik lah pakai trek suit je...kejadian tu membuatkan aku berfikir sejenak....

Nyaris terjelepuk jatuh macam nangka busuk kat lumpur tadi...ni mesti ada pengajaran di sebalik kejadian...memberikan aku inspirasi nak berkongsi dlm blog aku kali ni...

Pertama, SYUKUR kerana aku masih ada kaki yg mampu melangkah tetapi adakah kaki aku ni selalu melangkah ke tempat2 yg BAIK? kedua, INSAF bile tak guna nikmat kaki yang ada utk melakukan perkara2 keBAIKan sebyk yg mungkin. Ketiga, SABAR ketika musibah melanda pabila melangkah maju ke hadapan.

Rumusan:

SYUKUR...kerana kita masih punyai kaki yg mampu bergerak...gerakkan lah ke tempat2 yg diredhai-NYA. INSAF...kerena ada orang yg kurang bernasib baik yg tak mampu melangkah sebab tak ada KAKI.
SABAR...kerana setiap musibah yg dtg merupakan ujian kecil drpd ALLAH S.W.T agar kita teruskan langkah untuk memperbaiki langkah2 yg kotor kepada langkah2 yg lebih BERSIH...InsyaALLAH!

Walaupun apa jua rintangan dan halangan yg kita hadapi...kita perlu terus melangkah maju ke hadapan..."Hargailah kaki dgn melangkah ke SYURGA...Jangan sampai kaki kita melangkah ke tempat yg boleh sampai ke NERAKA."



Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Advertisement