Salam Perpaduan...
Alhamdulillah..hari ni berkesempatan pergi ke Open House kat Kelab Komuniti Cyberjaya. Macam2 hidangan,macam2 ragam manusia,macam2 pon adaaa ! nak menunjukkan Riuh Raya tema open house pada tahun ni anjuran Cyberview Sdn Bhd, The landowner of Cyberjaya.SYABAS! aku ucapkan kpd warga yg menganjurkan rumah terbuka dgn jayanya.
Di kala aku sedang menaip2 utk entri kali ni...masih segar diingatan...mengimbas kembali saat di mana kita punyai jawatan dlm sesuatu organisasi / syarikat..
Seperti tiada musuh...tiada lawan...yang ada semua nya kawan...
Kini....
Setelah diri ini tiada apa-apa lagi..tak punya kuasa,tak punya kedudukan...
Hilang lah kawan yang dulunye beramah mesra...kawan yg ramah bertukar menjadi tak berape nak kenal...nak tegur pon acuh tak acuh...dlm hati ku,biaselah manusiaa...
Terdengar suara2 sinis seperti memerli,mata2 yang tak puas hati pandang atas bawah,dan terpancar wajah yg tiada ape2 perasaan sewaktu bersua...sentapppp!dlm hati aku.
Betul lah, hidup ni umpama LIF...ketika kita di tingkat yg bawah...tak de sape yang sedar tentang kewujudan dan kebolehan kite...cuba kita berada di tingkat yg tertinggi, pasti ramai yg mahu menumpang kejayaan..orang yg tak kenal kite pon boleh jadi kenal !
Akhir kata, tak kisahlah kita di tingkat yang mana sekali pun...bawah,tengah atau atas...hormati lah setiap orang kerana setiap orang itu manusia...jangan sesekali menghina atau menghukum...kerena kita juga manusia biasa yg tak dpt tidak melakukan kesilapan..yg atas takkan berkuasa selama-lamanya...dan yg bawah takkan hina selama-lamanya...masa yg menentukan segalannya...
Hidup ini umpama LIF...ada masa kita di tingkat atas...di tingkat yg tengah...atau turunnn ke tingkat yg paling bawah! Bersedialah utk menghadapi setiap tingkat dlm kehidupan ini dengan rasa SABAR dan SYUKUR!
Salam Motivasi,
king Riyuna

No comments:
Post a Comment